MUSLIM SHOP DI NILAI

Kami menawarkan pelbagai produk HALAL lagi THOYYIBAH di MUSLIM SHOPPE..sebagai makanan kesihatan dan rawatan alternatif!

Jagalah pemakanan semasa sihat!

Suffy Goat, Susu Ilham, Susu Halib's, Air zamzam, cuka kurma, cuka epal, pati delima, air minuman coklat, kopi sarang burung, habbatus sauda, produk agromas, rempah masakan, produk Hilal, Biosinar, kopi Sawda, susu kambing, madu Khaula, Khall dan berbagai lagi....

Anda perlukannya, kami sediakannya. Anda juga boleh order produk yang tidak terdapat dalam senarai kami, InsyaAllah kami dapatkannya...

Terima kasih kerana menyokong produk Muslim hasil tangan2 yang berzikir mengingati ALLAH!

Kini! Anda juga boleh menjadi peniaga barangan HALAL dengan modal yang berpatutan! Dapatkan barangan kami dengan harga borong sebagai langkah pertama!

Friday, 17 January 2014

PRODUK KUNDUR

Produk-produk berasaskan buah kundur:

 Maklumat Khasiat Buah Kundur.



Buah kundur atau nama saintifiknya Benincasa Hispida (Thund) Cogn. Nama lainnya ialah Benincasa Cerifera G. Savi. Hanya terdapat satu spisis kundur di dunia dan ianya ditanam di Negara tropika terutamanya di Asia Tenggara. Di Malaysia buah kundur juga dikenali sebagai nama beligu.  Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buahnya sesuai dimakan untuk 
  • menghilangkan dahaga, 
  • melawaskan pembuangan air kencing dan 
  • menyejukkan badan. 
  • merawat penyakit sawan. 
  • Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas, buasir, lebam, bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air di dalam badan) dan lemah limpa. 
  • Abu biji buah kundur pula digunakan untuk mengubat penyakit gonorea. 
  • Manakala abu diatas kulit buah kundur dijadikan untuk mengubati luka. 
  • Di Indonesia, buah kundur dicampur dengan bahan lain untuk mengubati penyakit yang mempunyai symptom keluar darah, penawar racun dan juga ubat luka. 
  • Bagi masyarakat Filifina, buah kundur segar digunakan sebagai ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. 
  • Air buah kundur juga didapati berguna sebagai bahan pencuci mata yang merah dan bengkak. 
Di Negara Arab pemakan buah kundur adalah  Rasulullah dan ilmuan-ilmuan islam kerana buah kundur dapat mencergaskan minda seseorang.
 
Kordial kundur - perisa asli, strawberi, halia dan madu (1300ml)
RM12.90


 Jem kundur (250ml)
RM3.50

 
 Kopi Kundur
20 sachet x 25gm
RM28.00




 Minuman Kundur sachet
20 sachet x 25gm
RM28.00
 

 Produk kundur ke pasaran China




JAMALUDDIN Ismail menunjukkan buah kundur yang boleh dijadikan pelbagai produk minuman dan makanan di MAHA 2010, semalam. - utusan/azli ahad


SERDANG 29 Nov. - Penyertaan pameran dan jualan di Xian, China anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membolehkan Syarikat Qundur Agrofood membuka pasaran baru untuk memasarkan produk mereka.
Pengurus Besarnya, Jamaluddin Ismail berkata, produk hasil daripada buah kundur yang dibawa pada pameran itu pada bulan Mac lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
"Pada mulanya penyertaan kami hanya untuk melihat suasana pasaran di sana, namun perkara sebaliknya berlaku apabila produk berasaskan buah kundur sememangnya mendapat permintaan yang tinggi di sana.
"Kini kami dalam proses terakhir untuk menjalinkan satu usahasama dengan syarikat di China untuk memasarkan produk berasaskan buah kundur di China," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerai Agro Bazaar sempena MAHA 2010 di sini hari ini.
Menurut Jamaluddin, antara produk berasaskan buah kundur yang dihasilkan syarikatnya ialah kordial, kek, jus, halwa dan juga jem kundur.
Tambahnya, produk yang dihasilkan syarikatnya yang beroperasi di Sungai Buloh, Selangor itu turut mempunyai khasiat termasuk mengubati demam panas, buasir, kencing manis dan buah pinggang.
"Kunjungan ke China baru-baru ini telah membuka satu lembaran baru terhadap syarikat ini. Ramai penduduk China menggemari produk berasaskan buah kundur," katanya.
Menurut Jamaluddin, di negara ini terdapat dua jenis buah kundur iaitu kundur Cina yang berkulit licin dan kundur Jawa yang berkulit kasar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...